Pada 22hb Disember 2017, sebuah Majlis Pelancaran Fleetoil Racing Team (FRT) telah diadakan bagi mempromosi jenama FleetOil dan FleetBattery. Seramai 29 orang pelumba kereta dan seorang pelumba motosikal yang menyertai 6 kategori perlumbaan telah menerima jersi yang diserahkan oleh Encik Hidaya Yahaya dan Ir. Zuhairi Yusoff sebagai tanda simbolik persetujuan menyertai pasukan FRT.

Kewujudan pasukan yang terdiri daripada 26 orang pelumba lelaki dan 4 orang pelumba wanita ini menunjukkan usaha komited Radifleet bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan mampu bersaing ke tahap yang lebih ekstrim.

FRT memberi peluang pasukan ini mengembangkan nama dan karier mereka di arena sukan permotoran tanah air. Selari dengan visi pasukan, gabungan produk terbaik dan pelumba berpotensi ini bakal menyaksikan keupayaan mereka melakar pelbagai kejayaan, walaupun baru ditubuhkan dalam tempoh 6 bulan.

Secara keseluruhan, FleetOil Racing Team (FRT) yang diwakili barisan pelumba berbakat, berpotensi untuk muncul selaku juara dalam setiap perlumbaan yang disertainya. Semoga lebih banyak kejayaan membanggakan bakal dicapai pada tahun 2018.

Majlis ini telah mendapat liputan daripada pihak media iaitu TV3 (Buletin Utama) dan Utusan Malaysia.