Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Radifleet telah mengambil bahagian dalam 5th Dream Car Expo yang berlangsung selama tiga hari dari 12 hingga 14 Januari 2018 bermula 10.00 pagi hingga 9.00 malam. 

Expo ini telah mendapat sambutan yang meriah dari para pengunjung. Terdapat pelbagai jenis ‘booth’ jualan dan juga pameran kereta mewah. Para pengunjung turut berpeluang membuat tempahan kereta dengan harga yang lebih rendah di expo ini dan memandu uji model terbaru kereta sedan, pacuan 4-roda dan juga Special Utility Vehicle. Booth Radifleet mendapat kunjungan ramai pengunjung dan ianya turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Fleet Racing Team (FRT) yang turut membantu mempromosikan jualan Fleetoil dan FleetBattery.