Latihan Pengendalian Kenderaan Khas Perkhidmatan Lapangan
(Toyota Rouge 2.8)
Susulan majlis penyerahan rasmi 12 unit kenderaan khas Perkhidmatan Lapangan (Specific Mobile Service Vehicle) Toyota Hilux Rouge 2.8 kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Radifleet turut menyediakan Latihan Komprehensif Pengendalian Kenderaan pacuan empat roda (4×4) bagi memastikan setiap pegawai yang menguruskan kenderaan tersebut dapat mengendalikan operasi dengan selamat, efisien dan profesional.
Latihan ini diadakan selama dua hari pada 5–6 Ogos 2025 bertempat di Metro Driving Academy, Puchong dengan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi Penternakan, JPV, dari seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Program latihan ini merangkumi pelbagai modul praktikal dan teori termasuk:
- Teknik asas pengendalian kenderaan pacuan empat roda (4×4)
- Pengenalan ciri-ciri fabrikasi dan aksesori khas kenderaan
- Pemanduan di litar on-road bagi meningkatkan kawalan dan keselamatan
- Pemanduan ekstrem di laluan off-road mencabar, bagi memberi pendedahan terhadap situasi sebenar di lapangan
Penganjuran latihan ini mencerminkan komitmen Radifleet untuk bukan sahaja membekalkan kenderaan berkualiti tinggi, tetapi juga memastikan pengguna dilatih dengan kemahiran teknikal dan keselamatan yang menyeluruh.
Penyerahan rasmi dan penganjuran latihan ini menandakan kejayaan pelaksanaan projek secara menyeluruh oleh Radifleet, merangkumi aspek pembekalan hingga latihan pasca penyerahan. Ia membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong inisiatif kerajaan ke arah memperkukuh kecekapan pengurusan aset dan keselamatan operasi di lapangan.