Majlis Penyerahan 12 Unit Kenderaan Khas Kepada
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Projek Membekal, Memasang, Menguji dan Mengujiterima 12 Unit Kenderaan Khas Perkhidmatan Lapangan (Specific Mobile Service Vehicle) iaitu Toyota Hilux Rogue 2.8, untuk kegunaan kakitangan Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi Penternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah diadakan pada 4 Ogos 2025 bertempat di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras.
Projek ini merupakan jalinan kerjasama strategik antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Radifleet Sdn. Bhd. selaku anak syarikat kepada Radicare (M) Sdn. Bhd. sebagai syarikat pembekal.
Simbolik penyerahan kenderaan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Rahimi bin Abdul Samad, Ahli Lembaga Pengarah Radicare (M) Sdn. Bhd., dengan menyerahkan replika kunci kenderaan kepada Ir. Amran bin Ahmad , Ketua Jurutera Mekanikal Jabatan Kerja Raya (JKR) yang turut disaksikan oleh En. Hidaya bin Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif Radicare, dan Ir. Haji Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR). Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Amelia Aini binti Kamaruzzaman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi Penternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.