Pada 26 November 2025, sesi penyerahan 2 unit kenderaan kepada National Centre for Food Safety (NCFS), Sepang, Selangor telah berlangsung di perkarangan Pejabat NCFS, Taman Mawar, Sepang.
NCFS menerima 1 unit Toyota Hilux dan 1 unit Toyota Fortuner dan penyerahan telah disempurnakan oleh En. Azanizam Mohamed Naim, Pengurus Pembangunan Perniagaan Radifleet yang mewakili Pengurus Besar Radifleet kepada En. Mohamad Najib, Ketua Jurutera NCFS.