Majlis Penyerahan Kenderaan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Majlis Penyerahan Kenderaan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, Tuan Haji Abdul Halim bin Abang Naili

Pada 7 Disember 2025, Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sarawak telah menerima sebanyak 21 unit Toyota Fortuner 2.8 VRZ AT 4×4 dan 6 unit Toyota Hilux 2.8 Rogue AT 4×4. Majlis penyerahan ini berlangsung di Tingkat 1 & 2, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak.

Dalam majlis tersebut, En. Nik Emree Nik Mustapha, Pengurus Besar Radifleet, telah menyerahkan replika kunci (mock-up key) kepada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, Tuan Haji Abdul Halim bin Abang Naili, sebagai simbolik penyerahan kenderaan.

Scroll to Top