Pada 31hb Oktober 2025, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuantan telah menerima satu (1) unit kenderaan jenis Van Penumpang jenama Toyota Hiace 3.0L Diesel. Kenderaan ini diserahkan oleh En. Azanizam Mohamed Naim, Pengurus Pembangunan Perniagaan yang mewakili Pengurus Besar Radifleet Sdn. Bhd, kepada Puan Siti Zakitah binti Abd Samat, Ketua Jururawat, Klinik Pergigian Beserah. Penyerahan kenderaan tersebut berlangsung di perkarangan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, Alor Akar, Kuantan.