Penyerahan Kenderaan kepada Jab. Kesihatan Negeri Melaka, Jab. Penjara Malaysia & Jab. Pendidikan Daerah Kuala Selangor

Penyerahan Kenderaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Jabatan Penjara Malaysia &
Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Selangor (JPDKS)

Pada 28 November 2024, JKNM menerima satu unit kenderaan penumpang dan pelbagai guna jenis Toyota Hilux dari Radifleet. Kenderaan ini diserahkan oleh Encik Azanizam bin Mohamed Naim, Pengurus Pembangunan Perniagaan Radifleet kepada wakil JKNM, Encik Mohd Shahrizan bin Mahamed, Pegawai Perunding JKNM. Majlis penyerahan berlangsung di Unit Pendidikan Kesihatan, JKNM.

Pada 29 November 2024, Jabatan Penjara Malaysia telah menerima tiga unit kenderaan jenis “Sport Utility Vehicle” (SUV) dari. Kenderaan jenis Proton X70 ini diserahkan oleh Pengurus Besar Radifleet kepada Pegawai Latihan Vokasional, Encik Saifoul Bahari bin Saad.

Majlis penyerahan tersebut berlangsung di perkarangan Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Kajang, Selangor. Kenderaan yang diserahkan akan menyokong inisiatif latihan vokasional bagi memperkukuh kemahiran para pelatih dan meningkatkan peluang pekerjaan selepas mereka menjalani program. Radifleet  berbangga dapat menyumbang kepada usaha murni ini dan berharap kenderaan ini akan memberikan manfaat yang besar kepada Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Pada 2 Disember 2024, JPDKS telah menerima satu unit kenderaan jenis van penumpang dengan kapasiti 18 tempat duduk bagi kegunaan Sekolah Kebangsaan Assam Jawa. Kenderaan jenis CAM Kingo Pus ini diserahkan oleh Encik Azanizam bin Mohamed Naim, Pengurus Pembangunan Perniagaan Radifleet kepada pegawai JPDKS, Puan Azlina binti Hussin. Majlis penyerahan tersebut berlangsung di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

Scroll to Top