Pada 5 Disember 2024, Majlis Penyerahan 2 Buah Kenderaan Pacuan Empat Roda telah dilangsungkan di perkarangan Ibu pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang.
Penyerahan kenderaan tersebut telah dilakukan oleh En. Nik Emree Nik Mustapha, Pengurus Besar Radifleet Sdn Bhd, kepada YS PKPjB Dato’ Ir. Ts. Dr. Haji Wan Mohammad Zaidi bin Wan Isa, Pengarah JBPM Pahang. Turut hadir PPjB Tok Muda Wan Ahmad Fadillah bin Dato’ Hj. Wan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JBPM Pahang serta Pegawai-pegawai Kanan jabatan.